Populasi Kampung Sungai Tong

Fail:Seri Langkap Sungai Tong.jpgWisma Seri Langkap, Sungai Tong.

Kawasan Sungai Tong sememangnya luas dan ia merupakan pusat perniagaan serta tempat pertemuan antara penduduk sekitar. Dianggarkan seramai 1765 orang penduduk yang menetap di pekan ini.

Majoriti penduduk di sini adalah berbangsa Melayu, manakala yang selebihnya mewakili kaum Cina dan India. Walaupun wujud pelbagai kaum yang menetap di sini, mereka hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Penempatan di kawasan ini merupakan penempatan yang tersusun dan dikelilingi oleh rumah-rumah kedai dan deretan kedai makan.Kewujudan rumah-rumah kedai dan deretan kedai makan adalah kerana kawasan ini menjadi tumpuan penduduk.